Tali pinggang
Tali pinggang

Tali pinggang

Tali pinggang ialah jalur fleksibel atau tali sabuk, biasanya diperbuat daripada kulit, plastik, atau kain tebal, dipakai di sekeliling pinggang atau berhampiran (sehingga ke bawah pinggul). Hujung tali pinggang adalah bebas; dan gesper membentuk tali pinggang menjadi gelung dengan mengunci dari hujung ke hujung. Selalunya gelung yang terhasil lebih kecil daripada pinggul . Tali pinggang datang dalam pelbagai ukuran kerana kepelbagaian saiz pinggang, dan kebanyakan tali pinggang boleh dilaraskan pada gesper untuk disesuaikan dengan pinggang pemakai.